Bila Bulan Ramadhan.......



Bulan ramadhan dah menjelma..lepas setahun menghilang depa mai dahhh semula..bagi yang beragama islam bulan puasa ni lah bulan ibadah..bagi yang bukan beragama islam pulak dok menganjing jela keje dorang makan choki-choki depan kite..tapi takpe..iman aku kuat setakat choki-choki tu..alaaahaii..

bagi yang berniaga lak..haa time ni lah segala strategi perniagaan, plan dan marketing dirancang..walaupun sedar persaingan perniagaan pasti kuat tapi nak tak nak kene hadap jugak..ade rezeki lebih laa pendapatan kita..Allah tu maha adil..tapi yang buat tak sedap nye kan bile berniaga time bulan ramadhan camni ade jugak manusia yang ambil kesempatan..sebagai contoh :-

Tak Puasa!
dah laa hang tak puasa..lepas tu dok sibok menayang muka kat bazar pukul 1 tengah ari pasal pe?? nak beli makan kucing?? haihhh kucing pon kadang-kadang puasa taw..kalau tak puasa tu lepak rumah..tumbuk cili alas pakai kain kasi cover line baik punye..lepas tu goreng kasi silent punye..sure tak kantoi ngan rakan sebaya..takde laa malu sangat kan..

Mahal wooii!
Mentang-mentang laa yang datang bazar tu muka kehausan macam datang dari padang pasir korang mulaa lah nak hantam harga mahal-mahal..tau laa cari rezeki..tapi agak-agak laa sikit bro..then yang berpuasa ni nak tak nak terpaksa laa beli jugak kan oleh sebab bibir dah kering macam seminggu tak minum air jek..lepas buka..perut kenyang..tangan atas dahi mula laa terpikir ape yang korang bazirkan time kat bazar tu..haihhh..

Terlebih garam!
haihh yang ni perkara biasa laa kan..aku pun dah berapa kali beli mee goreng macam baru rendam kat air laut..masin melampau..disebabkan tukang masak tu puasa..aku maafkan jela..(T_T)..

Berfesyen
Laa! orang pergi bazar carik makanan jek cik adik manis oi..kenapa laa perlu berdressing bagai nak rak bedak tebal, bergincu bagai semata-mata nak pergi bazar jek..itu ok lagi..yang pakai baju seksi lak ni yang mengundang pahala aku kurang setiap kali pergi bazar..baik aku pergi pantai jek tengok awek pakai bikini..bukan nak menyalahkan sape-sape..tapi sendiri mau beringat laa yee..kite dalam bulan ramadhan..dah lumrah lelaki pantang nampak bonggol..juling bijik mate..=.="

Parking
Kalau ade pasar tu, mesti lah kenderaan pon berpusu-pusu kan..yang menunggang motor kira ok laa lagi boleh parking bersepah..tapi masalah pulak yang naik kereta ni..parking dah laa limited..pastu dok bantai parking tepi jalan sampai jalan sesak pasai pa??! pikir laa orang lain jugak..dorang pon puasa jugak..takdela menggelabah sangat sampai parking tepi jalan then terus redah pergi bazar beli air asam boi tuhhh..kesian pakcik-pakcik polis nak handle jalan kasi tak sesak..panas terik pon dorang selamba kawal jalan..nak ikutkan kalau di lap muka diorang tu..minyak muka diorang tu korang dah boleh buat goreng telur..=.="

p/s : minta maaf bagi yang terasa yee..sekadar luahan hati :) Selamat berpuasa semua!

TEMPLATE ATAU BUATAN SENDIRI???


Ramai blogger sedia maklum bila ada blog mesti laa nak kena hias cantik-cantik ikut citarasa kan?? so masing-masing punya cara nak buat layout blog korang cantik menarik tertarik..bagi yang tak mahir nak melayan html/css/xml yang serba mengarut dan kusut tu pilihan utama diorang ialah download template yang tercantik..tak kita laa senang ke susah nak cari asalkan puas hati dengan hasilnya..

Penampilan Lady Gaga yang pelik..

Ok persoalan pertama bila aku tengok gambar-gambar ni ialah ape masalah minah ni?? aku tak tau nak panggil baju ke kostum ke ape mende ntah..










Awek cun kaki games

hehehe ingat awek yang cun-cun suke maen mekap je ke?? tengok gambar kat bawah ni :













dan paaalinggg cute sekali........................................








Galeri syarikat pembangun permainan video D.O.T.A (Blizzard)

haa bagi penggemar Frozen throne a.k.a Dota ni aku tunjukkan serba sedikit laa gambar yang aku sempat amik masa melawat kat syarikat diorang tu..(ececeehh sembang lebih)..tak kurang macam office google dan facebook, fasiliti yang diorang ada juga tak kurang hebat dan cool..suasana santai boleh dilihat dari persekitaran syarikat diorang..

kat bawah ni sedikit gambar dan video yang aku selitkan untuk tatapan para penggemar Dota..bagi awek-awek yang benci ngan dota dek kerana tidak diendahkan oleh encik pakwe diorang masa melayan Dota boleh pergi main masak-masak ok??..hahahha :D
























p/s : sape2 yang ade garena id add laa aku.. :)

Realiti anda ketika di internet

*betulkan???

Langkah mengubah blog biasa ke web professional

1) Switch ke domain custom

bila korang mula berblogging pasti akan ade domain bernama blablabla.blogspot.com kan..so bila korang dah tukar ke domain custom ia akan lebih kelihatan lebih gagah dan kacak lagi..dan visitor pun senang nak ingat kan URL korang tu..(aku menggunakan domain free jek..cukup laa tu sekadar ada-ada)

2) Tukarkan Favicon korang

Favicon ialah gambar kecil atau ikon yang berada di URL addres bar..korang akan perasan di tab browser akan ade ikon kecil B iaitu logo Blogger..so korang boleh tukarkan ikon tersebut ke ikon yang korang nak..

3) Sembunyikan Navigation bar korang

Bagi template default blogger memang akan ada Navbar yang nampak sangat kuno dan tidak menarik kat header blog tersebut..dengan membuang atau sembunyikan navbar tersebut boleh menampakkan lagi keprofesionalannya...

4) letakkkan butang menu

dengan meletakkan butang menu.visitor lagi mudah untuk mencapai posting-posting yang dah korang buat dahulu..bahagikan posting mengikut tajuk agar nampak lebih teratur.

5) Buang Time/Date, Author dan yang berkenaan

tak perlu korang nak sumbat benda-benda tu semua..setakat menyemak jek, bukan ade fungsi pon untuk visitor korang..visitor pon tak tengok pon benda2 tu sekadar nak tengok entri-entri korang jek..

6) Tukar Comment Form korang

Blogger memang sedia ada menyediakan sistem komen mereka sendiri..tetapi ada lagi sistem komen yang lagi baik dan tampak lebih professional lagi untuk korang pakai..yang paling popular sekali dikalangan blogger ialah Disquss, Intense Debate dan JS-KIT..

7) Buang "Showing post with label or for query"

Maksud aku adalah setiap kali korang pergi ke bahagian label lain akan terdapat kotak arahan seperti kat atas tu..cuba korang pergi ke web professional..ade ke tak mende tuh..

8) Buang "Subscribe to post atom".

"subscribe to post atom" muncul di setiap laman blog..Atom feeds lebih kurang jek dengan RSS feeds..so lagi baik korang buang jek link "subscribe to post atom" tu..pengguna biasa bukan tahu pon fungsi mende tuh..kan2??


9) Link Older Post, Newer Post dan Home

Link tersebut ada di setiap page blog korang..so apa kata korang tukar kan ke page numbering atau ape sahaja text yang lebih menarik.

p/s : tak faham?? tanyakan sahaja di comment :D

Blog bertukar wajah

kali ni aku tukar lagi interface blog aku ni jadi macam gini..haisshh entah laa pasal pe leh rajin lak nak tukar-tukar..tapi posting tak rajin pulak sekarang..adehai..mentang-mentang laa semester ni aku lom sibuk lagi denga subjek final aku..aku dok abeskan masa mengadap mende alah ni..

kalau macam dulu interface aku agak meriah sikit dengan kartun sini sana..sekarang ni aku lebih sukakan blog yang biasa-biasa jek..aku try nak buat blog interface ala-ala professional gitu..bagi aku interface sekarang ni pon dah ok laa..simple tapi kemas jek..aku kurang kan sikit benda-benda yang meriah bercampur kesemakan..

header pulak merupakan header yang paling simple sekali aku buat..hahaa..aku tengok web professional takdela pakai header rabak punye besar kan?? lagi satu perubahan kat blog ni ialah commenting system aku..kali ni aku try pakai intense debate..dulu pakai disquss..bukan aku xpuas hati dengan performance disquss..tapi saje suke-suke nak ubah selera..namun semua komen dah xde dah..macam sunyi jek blog ni..

aku tak tahu laa ni last interface ke tidak..kalau aku tak puas hati aku ubah jek..takkan ade stop punye.. teeheee~ :D

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More