APAKAH FUNGSI "STEAM" DI DALAM PERMAINAN COUNTER STRIKE??

selama ni yang aku tau cuma create game main "LAN" dengan member-member, habis kecoh satu rumah dengan diorang punye jerit. yang istimewa nya game ni bagi aku bila main beramai-ramai. memang meriah dengan masing-masing nak atur strategi pergi menyerang. ada yang sibuk cari port nak menyorok, yelahh sebab pakai sniper kan. ade jugak yang sibuk menaip cheat code yang bermacam...bukan senang nak hafal cheat code untuk counter strike. dah macam coding php/html pulak.

selain main menggunakan "LAN" pemain jugak boleh main single player. boleh letakkan "bot"@computer seberapa banyak yang diorang nak dan mengikut selera sendiri nak yang susah atau senang. counter strike sememangnya tidak mengambil terlalu banyak memori daripada komputer dan grafik yang digunakan bersesuaian dengan spesifikasi komputer yang biasa. namun grafik yang dihasilkan tidak mengecewakan dengan persekitaran 3D serta audio yang boleh membuatkan pemain teruja ketika diserang mahu pun menyerang.

fungsi permainan counter strike juga tidak terbatas kepada permainan "single player" mahupun "LAN, kerana pemain boleh bermain di rangkaian internet bersama pemain di seluruh pelusuk dunia dengan cara membuat satu profile di platform "steam". "steam" adalah perisian yang membolehkan pemain bermain secara "multiplayer" di seluruh dunia. ia telah dikembangkan oleh valve corporation. fungsi utama ia dibina ialah untuk mengedarkan sejumlah besar permainan yang lain melalui internet. dan permainan dapat diupdate secara automatik dengan menggunakan steam.


Terdapat lebih daripada 1,100 permainan yang disediakan melalui Steam,dan pada bulan Januari 2010 Valve mengumumkan bahawa mereka telah melampaui 25.000.000 akaun pengguna aktif. terdapat pelbagai penerbit besar mempunyai katalog pada steam, termasuk Electronic Arts, Activision, 2K Games, Ubisoft, THQ, Sega, Codemasters, id Software, LucasArts, Capcom, Rockstar Games dan Bethesda Softworks.