DOTA PERMAINAN PALING POPULAR!

DOTA atau dengan nama panjang nya Defense Of The Ancient bagi aku merupakan permainan popular pada masa sekarang, pergi mana-mana jek mesti orang bercakap pasal DOTA. Jumpa sesama sendiri jek bende yang pertama diorang tegur ("lai la dota") instead of ("assalammualaikum"):P. jangan marah haa..

berdasarkan dari pengalaman aku yang baru berkecimpung dalam permainan dota ni (main jugak), stress-stress yang bersembunyi kat dalam badan kita ni boleh dilepaskan dengan bermain dota,

tumpuan kita hanya dekat pertarungan tersebut. cuba korang berbual dengan player-player dota semua. confirm pandang sebelah mata pon tak laa. sampaikan awek yang jenuh menunggu mesej dari korang pon boleh naik angin dek kerana korang khusyuk sangat main dota.

DOTA adalah seperti permainan lain. korang memilih karakter yang korang nak. setiap karakter ada attribut masing-masing, seperti kecerdasan, kekuatan, kelincahan. Misi utama adalah untuk mempertahankan menara utama korang dan menghancurkan menara musuh. Siapa pon yang menghancurkan menara utama akan menang.

lebih kurang setiap 30 saat "throne" akan menghasilkan "creeps" yang akan membantu korang selama bertempur dengan musuh. terdapat juga "neutral creeps" yang terdapat di merata peta yang anda boleh bunuh untuk wang dan experience tambahan. anda perlu membunuh seberapa banyak "creeps" dan karakter lain bagi mengumpul wang untuk membuat peralatan pertarungan.

permainan ini juga tidak memerlukan banyak ruang storan untuk beroperasi, malahan komputer yang cikai tahap bapak-bapak kita guna pon boleh kita lenjan main dota. peta permainan juga boleh di download mengikut update terkini. bagi yang ingin bermain secara online mereka boleh berdaftar di platform "GARENA". fungsi platform garena adalah menyambungkan pemain melalui rangkaian dan mencipta "Clan" mereka sendiri.

korang mesti cuba game ini kerana dapat melepaskan stres korang dan korang juga boleh bertemu rakan baru melalui Garena. Sebuah program yang dapat membuat anda bermain dota dengan orang yang berbeza di seluruh dunia.

p/s : aku pon baru belajar gak berDOTA ni. :)