ORANG BLOGGING AKU PON SIBUK NAK BLOGGING :D

asssalaammualaikum pemula bicara..nasi goreng karipap teh tarik pemula selera...(???)...

cukup dengan karutan. first skali tujuan aku blogging ni sebab terpengaruh dek kerana baca blog-blog yang cambest yang penah aku nampak. rasa macam tercabar pon ade jugak sebab kekreatifan diorang nak menghias blog kasi cun tapi simple yang aku tabik spring. buat masa ni blog yang aku minat nak baca sambil menghirup tea ais yang dah sememangnya cair aisnye ialah blog "JustKhai (Dot) Com".

dari situ aku mule aku dah naik syiok pulak membaca kesah karutan dan bebelan die kat sini yang memang berguna. ayat pon cambest jek kan. ni kalau buat mengayat awek memang bagos nih..ngehehee...yang buat aku suke pergi blog die sebab banyak info yang aku dapat. dari aku rabun IT sebab malas nak merayap mengexplore encik google mahupun encik musang berapi (IE maap tak layan) jadik celik sebab rajin membelek blog si khai nih. sudah cukup dengan pujian blog kau...

blog member-member aku pon ape kurangnye. blog yang paling menyerlah aku tengok sekarang ni ialah blog "www.blogzaika.co.cc". banyak informasi berguna yang boleh aku belajar dari situ. owner blog tu memang sah-sah la rajin mengexplore selalu. macam-macam benda die tau. aku rasa pasal hal komputer pejam mata jek boleh jawab..(haishh memang laa jawab pakai mulut)..salah satu bende yang aku belajar dari blog die "transformasi window ke mac"..hahaha...dengan bangga dan kembang kempis hidung aku nak katekan memang menjadi lahhh! thanx yaw.