PRO EVOLUTION SOCCER 2010 TERBAIK!

Pro Evolution Soccer 2010 adalah versi edisi 2010 yang merupakan update terkini pemain dan grafik yang lebih baik. sebelum keluaran PES 2010, terdapat beberapa versi keluaran yang telah dibangunkan oleh Konami, Antaranya ialah PES 2005, PES 2006 (pilihan saya), sehinggalah ke PES 2010. setiap keluaran merupakan pengemaskinian berbagai aspek yang dititikberatkan oleh pihak pembangun Konami demi memenuhi kepuasan hati "gamers".

Antara update yang ketara dapat dilihat di dalam versi PES 2010 ini adalah grafik yang sangat memuaskan. permukaan padang sehingga ke muka pemain di bangunkan dengan teliti (kalau ade jerawat pon diorang buat jugak kot), selain itu juga pelbagai penambahan telah dimasukkan ke dalam permainan ini termasuk boot pemain terbaru, bola terbaru dan corak jersi setiap pasukan.

Kawalan permainan ini juga boleh dikatakan mudah untuk dikawal serta "masuk akal". ini kerana versi PES terdahulu pergerakan pemain kelihatan terlalu fleksibel serta melebih-lebih dan jika diadaptasi kan ke dunia nyata mau patah riuk pemain 2 :D. gamers juga akan merasa perbezaan mengawal pemain kerana pengawalan PES 2010 berbeza dari versi sebelumnya di mana gamers perlu peka terhadap larian serta pengawalan pemain membawa bola.

Pemindahan serta prestasi pemain juga dikemaskini, makin terer pemain tu kat dunia nyata, terer laa jugak die kat dunia gaming. selain itu juga beberapa mode extra ditambah, contohnya mode "become a legend". di dalam mode ini gamers boleh mencipta watak pemain mereka sendiri mengikut kekreatifan mereka. hanya seorang pemain sahaja boleh dicipta. setelah pemain dicipta ia akan diberikan satu pasukan dan bergantung kepada gamers tersebut untuk menaikkan nama pasukannya. semakin banyak sumbangan pemain tersebut di dalam pasukan semakin mudah pasukan lain nak membeli pemain itu masuk ke pasukan mereka.

Jika gamers ingin mengupdate pasukan mereka mengikut perkembangan bola sepak di dunia nyata mereka boleh memuat turun patch di sini.

p/s : kalau korang yang masih main PES 06 boleh update ke PES 2010 dengan memuat turun patch nya di sini.sedih lappy aku tak boleh masok PES 2010!! pakai patch pon jadik la.. :(