TIPS ELAK MENGANTUK.

Berikut adalah tips bagi korang elak mengantuk di dalam sesuatu situasi.

1. Pergi ke kawasan yang bercahaya

kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata korang yang berat bagaikan sekampit beras yang bertempek kat mata korang tu. maksud tempat bercahaya tu ialah cahaya semula jadi. tak paham lagi??haishh maksudnye cahaya matahari laa!

2. Basuh muka korang

cara ni memang dah dipraktikkan daripada dulu lagi. even kalau kita mengantuk kat kelas pon and lecturer nampak kite tersunggut-sunggut mengantuk mesti diorang pon akan suruh basuh muka. lepas jek basuh muka memang laa segar, tapi untuk seketika jek. lepas tu mengantuk laa balik, so terpulang la kat korang.

3. letakkan wangian aromaterapi.

ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. letaklah berhampiran dengan meja kerja korang sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. cadangan wangian ; mint, lemon. tapi bagi aku letak bau stokin pon confirm tak mengantuk punye. :)

4. Dengar muzik

bukak la muzik yang mengasyikkan. maksud aku bukan lah muzik dangdut mahupun muzik hindustan (seperti yang member aku tengah layan sekarang). korang bukak la muzik yang rancak sikit. tak pun bukak lagu techno. mau angguk-angguk kepala korang. pastu mak korang suruh beli gula pon korang angguk jela padahal tak tau pape pon.

5. Buat senaman

bagi aku buat senaman paling efisyen (kot). sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. so segala abdomen yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang (????):).cuba korang buat senaman poco-poco, nampak jek senaman tu ringan tapi percayalah korang akan termengah-mengah jua.

6. Pandang sekeliling

jangan la korang asyik fokus satu tempat jek. memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap jek muke lecturer memang penyebab korang ngantuk. jadi disarankan agar korang pandang la jugak sekeliling, lagi untung kalau time mengantuk ade awek lalu tepi kelas. confirm celik mata korang.

p/s : sesetengah orang suka minum nes nak ilang ngantuk..tapi ade effect ke??