APA ITU BLOG??

Selalu kita dengar blog, tapi mungkin ada di antara kita yang tidak faham,apa itu blog sebenarnya.

Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan.

Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting sekali kerana setakat ini belum ada lagi blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia! Namun, anda tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia!!

Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.

Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari.

Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.

Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.