BLOG YANG SAYA MINAT UNTUK BACA.


macam-macam blog dah aku lawat..berblogwalking memang seronok sebab boleh dapat banyak informasi selain boleh kenal blogger lain. selain tu jugak macam-macam design dan style aku tengok diorang letak kat blog..tapi sesetengah tu sukar aku nak terjah blog diorang oleh kerana sebab-sebab berikut :-


Loading blog yang berat.
faktor ni mendorong aku tekan butang pangkah kat tab browser aku..sebab apa??haa..banyak lagi blog aku nak lawat, tapi disebabkan satu blog nih yang dok kuat menyedut tenet aku akan myebabkan blog-blog lain pon jadik berat. yela orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelangga..kan dah buang masa aku tunggu loading lama-lama.


Pop up dialog box.
sesetengah blog yang kreatif ada meletakkan mende alah pop up ni kat blog diorang..mungkin first impression diorang nak interaksi antara pengguna dengan baca pop up menu tu dulu..tapi disebabkan pop up menu tu keluar lah boleh menyangkutkan blog korang loading..nak tunggu klik "ok" baru dapat masuk..leceh laa..


Scrolling yang terlalu panjang.
Ok. kebanyakan blogger sedia maklum yang scrolling terlalu panjang SANGAT LECEH..ini kerana bila terlalu panjang nak scroll blog korang tu, pengguna pon letih nak naik atas balik. even korang guna button "go to top" ia akan menjadi masalah kat pembaca kalau nak pergi ke bahagian tengah..button tu terang-terang laa pergi top terus..takdenye nak singgah beli cekodok kat bahagian tengah.. :D


Terlalu banyak gambar animasi .Gif
-masalah aku bila banyak sangat gambar bergerak ni ialah bila tumpuan aku sering terganggu bila nak baca entry korang. mana taknye sana sini gambar bergerak seolah-olah nak mengurat aku dan main tekan-tekan kat die. contohnya bila korang tengah study sorang-sorang kat library, then keliling ada awek hot dok usha kita..pada korang apa yang korang akan fokuskan??study or awek tu??..heheh..pahamkan??


Autoplay music.
halamak ai..ni pon masalah aku gak..aku tak salahkan korang pon nak letak lagu ke video ke kat blog korang..itu terpulang laa kan kat setiap individu..tapi yang menjadi masalah nye bila muzik tu di autoplay kan..lagi laa menambah buffering blog korang..dengan itu loading pon semakin bertambah dan tenet pon menjadi semakin lembab, akhirnya?? minat aku nak baca blog tu pun punah..huhuh..tak salah nak letak lagu banyak-banyak asalkan loading blog korang ringan untuk dikunjungi ok..wink2*..


Keseimbangan blog.
maksud aku dengan keseimbangan blog ialah arah susunan antaramuka korang tu..ok kurang paham ye??..hermm..contohnya bila korang baca sesebuah blog then kat kiri ada gambar...lepas tu scrolling lagi tiba-tiba kanan pulak keluar gambar..arah susunan setiap item tu tak seimbang dan boleh memenatkan pembaca untuk menyusun balik arah pandangan bacaan diorang..


Tiada Kotak Chat.
bagi aku bende ni pon penting jugak sebab bila blogger singgah atau melawat atau jalan-jalan(ayat biasa kat chatbox)kat blog kita diorang mestilah nak tinggalkan jejak diorang kat blog kita kan..yelah..cuba kau datang kelas tapi tak dapat tanda kedatangan apa perasaan korang..haa..ini cuma pandangan aku jek..


Captcha Word
bende ni memang aku anti sangat lah..memang laa ia berguna untuk halang spammers..tapi sangat leceh laa kalau berulang kali nak kene taip balik..dah laa berbelit-belit tulisan..selalunya ada kat comment jenis default..itu menyukarkan pembaca yang mengalami masalah mata untuk teliti betol-betol huruf ape yang keluar kat captcha tu..

*ini sekadar pandangan aku jek..ia juga berguna untuk dijadikan tips untuk blog korang..macam yang selalu aku kata lain orang lain cara..ye tak..