CARA MENUKAR DOMAIN KE (DOT) TK

Bagi blogger yang ingin mengubah domain mereka dari "sayahensem.blogspot.com" ke "www.sayahensem.tk" boleh merujuk tutorial di bawah dan ikut arahan dengan taat dan setia serta sebarkan lah kepada blogger lain juga. kalau boleh tag lah blog aku skali..wink2*...

macam domain aku yang serba pendek dan senang diingati serta ringkas tapi padat dan bergaya tu. korang kena lah register dulu kat sini,dengan syarat blog korang kene la ade kunjungan minima 25 page view dalam masa 90 hari..(alahaaiii...satu hari pon dah boleh dapat 25 kan)hahaha..

Apa itu (Dot) Tk??
nah check sendiri kat sini..hahaha(malas nak taip la)

ok kita mulakan tutorial tanpa berlengah..

1) setelah pergi ke halaman (Dot) Tk tersebut.
2) korang pilih nama yang korang nak pakai kat domain tu.


3) bila nama domain yang korang nak ada, akan keluar macam gambar kat bawah ni :-


4) pilih option free domain dan klik next.

5) pada tahap ini, pilih option "use DNS for this domain", dan klik "use my own DNS services"

6) isikan ruang kosong di dalam name server dengan memasukkan "ghs.google.com" untuk blogger yang menggunakan platform blogspot. (boleh di edit semula)

7) kemudian isikan alamat emel dan huruf captcha (aku benci huruf2 ni..sumpahh!!) dan tekan next. rujuk gambar di bawah.


8) kemudian isi Nama dan Password (gambar dibawah). Password di sini digunakan untuk log in ke dot tk. lalu klik next.


9) lepas tu pergi ke emel yang korang masukkan tadi dan klik url yang die bagi, then masokkan kode yang mereka bagi dan klik confirm. kalau tak jumpa try check kat spam. munkin tersesat sampai sana.

10) setelah kode yang korang masokkan tu betul, maka akaun korang akan aktif. sila lah log in dengan memasukkan emel dan password yg baru korang buat tadi untuk melakukan seting DNS blogspot ke Dot tk.

11) jika sebelumnya korang telah memiliki blog di blogspot, dan ingin menggunakan domain dari dot tk. Maka setting dan arahkan name servernya ke blogspot (ghs.google.com).
Caranya, pada panel sebelah kiri, silakan pilih "My Domains" >> "List my domains". Pada halaman "List my domains", pilih domain yang nak di setting, kemudian klik "modify".

12) selepas tu korang akan mempunyai pilihan:-
-Domain forwarding
-Use Dot TK Free DNS Service
-Use Custom DNS Service

13) sila pilih option ke 2 "Use Dot TK Free DNS Service" kemudian klik "Configure" disebelah kanannya. Pada kolum "Type" terdapat 3 pilihan Record, iaitu : A, CNAME dan MX. Pilih :

Type = CNAME
Host Name = www.namadomainkorang.tk ( contoh aku isi dengan www.roul.tk)
IP Address = ghs.google.com

Supaya blog kita tetap dapat diakses dengan atau tanpa WWW, tambahkan lagi Type record, kali ini bukan CNAME Record, tetapi A Record. Isi dengan :

-Type = A
-Host Name = namadomainkorang.tk ( tanpa WWW, contoh aku isi dengan roul.tk )
-IP Address = 216.239.32.21

Tambahkan “add another hostname” A Record dengan IP yang berbeza sebanyak 3 kali lagi. Masing-masing pada kolum IP, Isi dengan :
-216.239.38.21
-216.239.34.21
-216.239.36.21

Sehingga ada 4 setting Untuk A Record dan satu setting untuk CNAME Record seperti gambar dibawah ini :

14)dan yang terakhir log in ke dalam blogspot dan pergi ke setting => publishing => custom domain => switch to advance setting

masukkan nama domain yang dah korang register kat Dot Tk tadi dalam kolum yang disediakan. rujuk gambar di bawah.

masukkan verification word dan tekan save settings. korang mungkin kena tunggu selama 15 minit bagi domain tu aktif.

bagi yang nak ubah domain ke (sayahensem.co.cc) boleh tengok tutorial di Blogzaika.co.cc

p/s : segala risiko kami tak bertanggung jawab ye.. :D