KHAS UNTUK AYAH.


walaupun ayah aku dah takde, tapi aku still teringat minat die kat lagu-lagu rock kapak. bile ditengok gambar-gambar lama die memang dah sebijik ngan penyanyi rock. dengan rambut tebal panjang nye. seluar tight bawah kecik dengan spek mata penambah aksesori tidak kurang dengan gelang tangan menambah keranggian. walaupon tak banyak masa aku luangkan ngan arwah. tapi melalui gambar dan cerita dari kenalan dia sedikit demi sedikit aku dapat rasa perangai aku saling tak tumpah macam perangai arwah..

kecik lagi aku time arwah meninggal. kesian kat mak aku susah payah besarkan aku. dan untuk hari bapa ni aku saja nak embed lagu macam kat atas tu supaya dapat rasa ayah ada ngan aku time2 camni.

hehehe..bukan taching bukan melayan perasaan. orang lain boleh wish takkan aku tak boleh wish kan..even orang tu dah xde lagi kat dunia ni..

Btw..selamat ari bapa kepada bapa2 di dunia.. :)