MARADONA MALAYSIA

world cup semakin rancak hari demi hari..korang pon semakin rancak sokong pasukan pilihan korang..tak kurang macam aku(brasil)..player yang berbakat korang sanjung tinggi kerana bakat diorang..minat punya pasal sanggup tunggu berjam-jam pon takpe asalkan dapat tengok game yang korang minat..mak ayah suruh pergi beli rokok korang cakap sibuk..padahal dok tercangok kat depan tv tu..

Dulu fenomena kat David Becham menggila..semuanya korang nak ikot die..paling ketara style rambut..wah2..beckham pacak korang pon pacak..becham botak korang pon botak kan..aku tak..aku ikot Ronaldo jambul jek yang tinggal lain botak..hahhaa..ok bergurau..

style kan?? :D

korang masih ingat supermokh??bukan superman mahupon superjo..ouh melampau...kalau korang masih ingat beliau ni ialah lagenda bola sepak kat malaysia kita..dia yang meletakkan kedudukan Malaysia ke kedudukan lebih tinggi di pentas asia..beliau juga merupakan seorang lelaki hero pasukan Malaysia yang menjaringkan gol menentang Arsenal..time tu Cesc Fabregas belom baligh kot..ahahha...

Allahyarham Mokhtar Dahari

Kelebihan supermokh@Mokhtar Dahari ialah sepakan deras seperti peluru..sampaikan bekas penjaga gol negara mendiang R Arumungam pernah patah jari disebabkan menangkis sepakan bola beliau..(alaa kalau bola jabulani dah keluar time tu takdenye patah jari) :D ..selain tu juga pergerakan beliau juga sangat tangkas dan bijak membaca pergerakan lawan..lebih kurang macam Maradona laa..

Karier bola sepak beliau berakhir bila Mokhtar Dahari disahkan mengidap penyakit "Mascular Distrophy" iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot yang mengawal pergerakan secara perlahan-lahan menjadi lemah..dan ia menyebabkan komplikasi ke atas jantung dan organ-organ badan yang lain..harapan nak berubat ke London tak mendatangkan hasil kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku..

Akhirnya Supermokh Malaysia telah menghembuskan nafas yang terakhir di Pusat Perubatan Subang, pada khamis 11 julai 1991..Beliau merupakan seorang pemain yang berbakat yang sukar untuk dicari ganti..Pemain Malaysia sekarang sangat hambar..suam-suam kuku jek aku dengar..setakat menang final ngan Vietnam dalam sukan SEA masih belum cukup..