MELAYU KITA


Banyak kali aku dengar lagu ni..terharu sangat..bukan sebab aku prejudis dekat semua kaum melayu kita, tapi sedih bila tengok melayu sekarang dengan melayu waktu dulu sangat lain..melayu dulu kurangnya sengketa..kurangnya perbalahan..tapi melayu sekarang....bukan aku nak mengecilkan bangsa kita..kita tuan rumah jangan yang menumpang dok sibuk berjaya kat tempat diorang menumpang. jangan lah kita pulak yang kena tindas dengan diorang..betul lah melayu mudah lupa..termasuk aku juga..bila dah berjaya mula lupa..bila dah jatuh mula bersengketa...

aku cuba pahami maksud lirik lagu kat atas..dan bagi aku lirik tu sangat mendalam..eventhough yang nyanyi kan tu malique..yang merupakan korang tahu beliau ni seorang artis hip hop..tapi kalau dah hati ada taman nak wat camne..die pon sayang kat bangsa kita..takkan nak tengok melayu teros macam ni kan..bak kata brader hang tuah "takkan melayu hilang di dunia".."takkan hilang rempit di malaysia"..(ok tu aku menambah jek) peace...



Lirik Lagu Layu - Malique

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai