PENYELESAIAN MASALAH "NTLDR IS MISSING"

NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :-
-
* Virus menggangu fail penting ini.
* masalah Bad Sector pada Hard disk anda.
* Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete.

Masalah ni pon berlaku kat aku jugak bila on pc kluar screen macam nih! peh sakit hati.. kaw suruh tekan Ctrl+Alt+Del untuk restart. tapi penyelesaian untuk masalah ni tak bagi tahu. disebabkan NTLDR tu missing la kerja assignment aku jadik lambat dekat kelas!

Disebabkan taknak berlaku nya lagi benda ni berulang aku carik penyelesaian kat abang "google". cari punya cari jumpa lah yang di bawah ni :

1. Sediakan Cd Installer windows XP.

Langkah-langkah :-

* Masuk ke setup bios untuk menukarkan boot pertama korang ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada jenis motherboard korang.Ubahkan First Boot Device kepada Cd Rom.

* Menu pada bios korang berbeza mengikut jenis chip bios komputer .

* Untuk boot ke cd Windows Xp,korang perlu menekan sebarang butang papan kekunciapa bila mesej Press Any key to Boot from Cd-rom.

* Korang harus tunggu sehingga mesej seperti dibawah ini keluar.anda harus pilih To repair a Windows XP installation using Recovery Console,Press R .... Klik butang R.

* Korang akan ditanya sistem mana yang hendak baiki,Masukkan angka 1 kemudian Enter.

* Abaikan mesej Type the Administrator Password dengan menekan butang Enter jika tiada password admin.
* Selepas itu taip ;-

COPY e:\i386\NTLDR C:
COPY e:\i386\NTDETECT.COM C:

Perhatian : tukarkan e: kepada drive cd-rom anda contohnya E: F: atau sebagainya.

* Selepas itu,restart komputer korang,Semoga Masalah selesai!




Sumber = lupa la pulak!

p/s : aku pon tak tau nak buat macam mana..tapi at least ilmu macam ni sedikit sebanyak dapat juga menolong kita. :D