FUNGSI UTAMA EMEL


Emel adalah salah sebuah aplikasi yang paling banyak digunakan dalam internet kerana ia murah dan sebuah cara yang mudah untuk berhubungan dengan rakan-rakan serta keluarga di mana sahaja di dunia. Tidak kira betapa cekap anda menggunakan internet, e-mel mempunyai beberapa cara mudah untuk dikendalikan bagi mendapat manfaat darinya.


Kendali dengan baik

Pilihlah nama e-mel dengan bijak. Mungkin buat kali pertama anda boleh menggunakan sate@namadomain.com dan anda akan berasa malu hendak menggunakan e-mel tersebut jika anda mahu berurusan secara serius. Menukar e-mel adalah sebuah tugas yang menyusahkan kerana anda dikehendaki memindahkan e-mel daripada akaun-akaun berlainan supaya perhubungan anda tidak terputus dengan para penerima e-mel anda. Pilihlah dengan bijak supaya anda boleh menggunakannya seumur hidup.


Siapa anda

Perisian e-mel membolehkan anda menghantarkan e-mel orang lain kepada seorang yang lain atau lebih daripada itu. Ketahuilah cara untuk membalas e-mel dan perisian e-mel memberikan anda pilihan untuk membalas kepada seorang atau ramai penerima. Pilihan kedua memberikan anda kemudahan untuk membalas e-mel dengan mudah tanpa menaip alamat e-mel setiap penerima. Anda juga boleh menghantar salinan e-mel sebagai salinan karbon rawak (blind carbon copy atau BCC). Cara ini merahsiakan tindakan anda menghantar salinan e-mel kepada orang lain.


Perlindungan peribadi

Setiap kali anda menghantar e-mel sebagai teks biasa, sesiapa sahaja boleh membacanya jika mereka menerima satu salinan. Para pekerja boleh membaca sebarang e-mel yang terdapat dalam sistem mereka dan e-mel yang dihantar pasti akan melalui pelbagai jenis pelayan sebelum ia tiba ke destinasinya. Untuk melindungi maklumat peribadi, gunakan enkripsi (sebuah cara untuk mengkod kandungan e-mel anda daripada dibaca oleh orang lain). Anda boleh dapatkan PGP (http://www.pgp.com) untuk memudahkan anda melakukan enkripsi kepada e-mel anda.


Hendak percaya atau tidak

Terdapat jutaan e-mel setiap hari dan kebanyakan daripadanya adalah e-mel sampah atau tidak berguna. Namun begitu ada di antara pengguna e-mel akan menerima e-mel yang sensasi dan mula menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Anda hendak penapis secara teliti dan memeriksa samada ia benar atau tidak.


Disertakan

Virus akan merosakkan PC dan data anda. Tanpa sedar atau tidak semasa anda membaca e-mel, virus mungkin boleh disebarkan bersama fail yang disertakan (attachment). Dokumen ini boleh jadi dokumen teks, gambar dan fail-fail lain atau ia mungkin sebuah perisian yang mempunyai virus. Ia akan berfungsi tanpa kebenaran anda. Pastikan yang anda tidak menjalankan fail yang diterima secara automatik dan jangan buka e-mel daripada orang yang anda tidak kenali.


Tapis mel anda

Setelah anda menjadi terkenal dan ramai kawan mungkin anda akan menerima lebih daripada 100 e-mel sehari. Ini akan membuatkan kekotak mel anda penuh. Anda juga pasti akan menerima e-mel yang tidka berguna atau spam. Anda boleh menapis mel berdasarkan nama atau jenis tajuk yang digunakan. Dengan penapisan ini anda boleh membaca e-mel yang penting terlebih dahulu dan mengimbas sekali lalu e-mel yang tidak penting. Spam biasanya dihantar dengan menggunakan alamat e-mel secara rawak maka anda hendaklah memeriksa tapisan e-mel anda sekerap yang mungkin.


Gunakan HTML

Perisian e-mel yang modan membolehkan anda menghantar e-mel dalam bentuk HTML atau laman web. Anda boleh mengkodkan laman web ini yang dilengkapi dengan teks, imej dan warna kepada mesej anda. Sebelum anda menggunakan HTML anda hendaklah memastikan yang penerima boleh membukanya. Tidak semua perisian e-mel boleh membaca HTML dan ada sesetengah pengguna memadamkan keupayaan itu. Ingat, gunakan HTML dengan bijak dan tidak semua pengguna mahu dikejutkan dengan mesej yang gila-gila.


p/s : aku puas hati ngan emel aku (kurawk@att.net) & (kurawk@rogers.com) papehal emel aku kat situ yee..hehehe