KEBAIKAN BERBASIKAL BILA MINYAK NAIK!


disebabkan minyak dah makin naik baik korang naik basikal jek. banyak kelebihan bila korang berbasikal. antara kelebihan bila korang berbasikal ialah :-

Duit tak keluar banyak
bila berbasikal sure la minyak tak payah isi..dah tentu laa kan minyak asyik naik harga jek. bagi student macam aku nih berbasikal ke kolej macam coooool jek..ahahha

Persekitaran terpelihara
kalau pengguna motorsikal dua lejang tu paham-paham la kan! asap kalau tak membunuh nyamuk tak sah..gila berkepuk asap..:D

Tiada Kesesakan jalanraya
dah takde jalan sesak dah. masing-masing cool jek mengayuh ngan muka seposen. ade yang sambil mengayuh sambil lepas tangan dan hidupkan lighter bakar rokok (wah imaginasi kuat) :D

Isu Rempit selesai.
mat-mat rempit dah takde dah kalau ramai yang guna basikal. diorang nak rempit pakai basikal pon bukan leh buat kerosakan yang teruk..accident pon alahai calar jek lebih. tapi merengek kat awek macam hape!

Cukai jalan dilupuskan.
woahh! ini best kalau cukai jalan takde..hujung tahun tak payah pening-pening nak pikir simpan duet hidupkan roadtax..

Beli basikal CASH!
haa..kalau pakai basikal bayar cash jek teros..tak payah nak loan bank lagi dah. korang cuma perlu loan kat mak korang jek..hahaha

Senaman berkesan
Bile dah kayuh punye kayuh mesti lebat peloh korang kan..balik rumah jek teros timbang berat badan..tengok-tengok ilang 3KG..tak ke untung tu!

Takde sekatan jalanraya@roadblock
haa! ni yang aku suke..tak payah nak takot ade roadblock..jalan jela mana korang nak..

*haisshh kan best kalau leh berbasikal camni..