MENGAPA PELBAGAI GENERASI SUKA MENGGUNAKAN FACEBOOK?


Siapa yang akan terfikir laman web yang bernama "facebook" akan digunakan manusia diseluruh dunia, oleh pelbagai golongan dan generasi, untuk berkenalan dan berkomunikasi antara satu sama lain. korang bukan hanya boleh jumpa awek lama malahan keluarga yang telah lama menghilang boleh dijumpai hanya dengan facebook. tiada penghalang umur untuk menyertai rangkaian sosial ini. dan korang perlu tahu bahawa nenek yang berusia 90 tahun juga
turut berfacebook. malahan budak kecik "hingusan" pon dok sebok mencari pasangan di facebok..haishh dunia-dunia..

Mengapa golongan dewasa dan berusia sukakan facebook??

bila Facebook baru muncul golongan dewasa dan berusia akan mengatakan ia sekadar membuang masa dan tidak berfaedah, mendedahkan identiti diri di internet kepada orang yang tidak dikenali. namun sekarang ramai yang dah menyertainya.

Sebab utama mereka join facebook?? kerana rakan dan keluarga mereka menghantar gambar dan update tentang kehidupan diri mereka setiap hari. ia sangat memudahkan apabila masing-masing berjauhan di pelusuk negara. mereka juga boleh skodeng rakan dan keluarga. tengok gambar dan baca aktiviti perbualan mereka.

Mengapa Golongan muda sukakan facebook??

Walaupun korang mesti berumur 13 tahun ke atas untuk berdaftar di rangkaian facebook. golongan muda bijak mengeksploitasi maklumat diri ketika mengisi borang untuk berdaftar. permainan yang disediakan oleh rangkaian facebook telah menyebabkan tarikan oleh pelbagai generasi umur, sehinggakan akaun yang didaftarkan hanyalah sekadar untuk bermain game di facebook. yang paling popular ialah Farmville. bagi aku Texas Holdem Poker..kayoo!

selain itu permainan seperti cafe world, fish world, sororitu life, mafia gangs dan banyak lagi membolehkan interaksi antara pengguna facebook lain, lantas mengeratkan lagi perhubungan di dalam rangkaian.

Keburukan facebook

Malangnya facebook telah dibangunkan oleh orang YAHUDI! pelbagai inisiatif dijalankan oleh orang islam untuk memboikot rangkaian ini. namun ia tidak membuahkan hasil oleh kerana facebook telah menular ke seluruh dunia. malahan orang ternama pon menggunakannya. kita hanyalah boleh menggunakannya tanpa terlalu obses dan sentiasa peka terhadap sebarang ancaman yang boleh menyebabkan kita terpengaruh dan berpecah belah antara islam :D (ceramah la pulak)

selain itu juga facebook menjadi ancaman utama untuk spammers, virus dan helah kotor yang digunakan bagi kepentingan diri.

*walau apa pon facebook hanyalah medium perkongsian cerita dan komunikasi antara rakan lain.