PENYELESAIAN "USB NOT RECOGNIZED"

USB telah pasti membuat hidup kita mudah dan selesa. Segala data dan maklumat voleh dihantar melaluinya, tetapi ada masalah yang kadang-kadang berlaku ketika memasukkan USB ia akan mengeluarkan mesej ralat yang mengatakan "USB Device not recognized". dari situ segala kata cacian akan keluar dari mulut yang suci. segala alternatif termasuk meniup muncung USB (pernah buat kan) dah dilakukan namun tetap gagal.



Penyelesaian pertama yang datang ke fikiran kita adalah eject semula USB itu dan kemudian pasang semula pemacu USB, tetapi di sini ada penyelesaian mudah tanpa perlu membuat perubahan di registry mahupun di device manager.

Penyelesaian untuk masalah tersebut :

1. penyelesaiannya adalah hanya perlu "Matikan komputer dan cabut bekalan kuasa" (jika tidak dicabut bekalan kuasa motherboard akan tetap berfungsi lagi).

2. Biarkan sistem komputer mati dalam sekitar satu minit.

3. Restart sistem dan tunggu sehingga boot sepenuhnya sebelum memasukkan USB Drive lagi.


Korang juga boleh cuba penyelesaian ini juga. Run kan "devmgmt.msc" di Run Box, kemudian klik My Computer pada Device Manager. Dan pastikan USB telah dimasukkan, klik scan Hardware Changes di bawah Action menu. dan USB sepatutnya boleh dikesan.

*keberkesanan bergantung kepada nasib ye :D