Auto blogwalking?? damn!


korang taw tak sekarang nih dah ramai yang dok sebok pakai software auto blogwalking?? kiranya korang tak perlu nak merayap satu-satu baca entry blogger lain, tapi dengan automatik korang akan surf blog 2 tanpa baca pon entry tersebut..senang kan macam tuh?? bende ni boleh aku kenal pasti daripada chatbox aku..sehari dekat brape kali die shout kat situ..pelik gak aku..

mungkin bagi yang gunakan tu sangat memudahkan korang nak cari visitor yang lebih untuk ke blog korang, tapi dari sudut lain korang dah buat kerja yang 'kotor'..maksud aku disini ialah korang cuma goyang kaki jek dengan satu klik dah leh pergi blog-blog lain tinggalkan jejak..then mengharapkan kunjungan balas..come on guys!

mungkin ramai otai-otai blogger yang sedar akan benda ni kan?? buat ape buat entry best2 tapi yang datangnye 'auto blogwalker'..macam robot yang jalankan tugas tinggalkan pesanan kat chatbox tanpa baca isi kandungan blog tersebut..mungkin dah menaikkan trafik blog tu tapi tak merasa laa ape tu blogging..

tak perlu laa korang terlalu tamak sangat nak kan trafik..trafik akan datang sendiri lambat laun..bukan dengan cara camni..aku bukan nak dengki kat korang yang gunakan cara camni..tapi kesian laa kat blogger-blogger yang dok penat taip entry best-best untuk korang tapi tak baca pon..ini sekadar pandangan aku jek sebab aku pon prasan ade yang gunakan software ni datang kat blog aku.. =,="