Kategori facebooker yang sering kita lihat

kita sedia maklum teknologi semakin pesat membangun..selang setiap bulan teknologi baru akan keluar..kita sebagai manusia yang bertuah dapat laa merasa teknologi-teknologi baru yang dihasilkan..zaman IT mula berkembang pesat..manusia berlumba-lumba mendapatkan perkakasan komputer, canggih atau tidak itu tidak menjadi penghalang..ini kerana kita mudah terpengaruh dengan persekitaran yang seolah2 menghasut kita mengikuti kehendak diluar batasan kita..kita mudah terikut-ikut dengan trend yang seakan-akan mahu menjerumus kita ke arah kerugian..jika dibandingkan zaman hitam putih dahulu dengan sekarang..jauuuhhh sangat perbezaannya..bukan kerana perubahan teknologi..tetapi kerana perubahan mentaliti manusia..

Jika dahulu manusia berkomunikasi menggunakan surat atau paling canggih sekalipun telefon..tetapi sekarang sangat laa mudah kite nak berkomunikasi antara satu sama lain..tiada lagi batas jarak komunikasi..zaman sedia canggih..peralatan sedia canggih..alam maya menjadi penghubung..tersedianya internet bukanlah hanya satu contoh berkomunikasi..namun internet seolah keajaiban bagi manusia zaman sekarang..segalanya tersedia melalui internet..


FACEBOOK...dusta belaka jika dikatakan ada yang tidak mengenali facebook..hampir setiap orang mempunyai satu akaun..bagi yang terlebih popular satu facebook seakan tidak mencukupi..setiap hari aku online facebook..setiap hari aku perhati status yang di update..ada yang sedang marah..ada yang sedang bahagia..ada yang sedang merapu..macam2 lagi lah..so kat sini aku nak rungkaikan kategori facebooker yang aku dapat perhatikan setiap hari..

Kategori merapu :
mungkin korang ada rakan facebook yang macam ni..update status yang entah bukan2..maksud aku ialah update yang takde kene mengena ngan kita dan sekadar nak berlawak bodoh..sebagai contoh "sedang berak di rumah ali"..ok sekarang ni aku nak tanye..korang dah baca status tu korang nak watpe??korang nak like status tu?? =.=" or korang nak komen camni "taik cair ke keras?".. :|

Kategori meroyan :
yang ni aku agak pelik sikit..ye mungkin ko sedang hangin satu badan dan tak tau nak luah kat mane..tapi ape pasal nak luah kat facebook juga? maki hamun dihambur entah untuk sape buat orang lain yang membaca terasa..haa! contohnye camni "ah sial la ko cheebye! facebook aku suke aty aku la! pegi mampo$ la!" ok meluat tak bila korang baca status camni?? adakah korang akan like status camni so orang lain akan ingat status ni dituju kat ko..atau ko nak komen camni "tu la pasal, taw takpe" padahal status tu dituju untuk ko sendiri..

Kategori beriye-iye bahagia :
ok kategori ni tak boleh disangkal..kadang2 aku pon camtu gak..dah bahagia takkan nak senyap lak XD..tapi satu yang bagi aku persoalan ialah bila status yang diupdate camni "abang syg ayang lebih dari segalanya, ayang jangan buat abang keciwa yee, luv u forever and ever"..sory to say aku geli membacanya..jiwang ko tak kene tempat..baik ko carik pokok toreh nama ko ngan kekasih hati ko tu..bila aku baca tersentuh gak macam tengok drama cinta..kelas ko marriaaa..

Kategori Post Link :
haihh yang ni jenis sukaaaa sangat nak sharing ape yang diorang tengok kat web..tapi satu yang jadik masalah ialah ape yang diorang post tu tak kene dengan situasi dan tak seswai langsung untuk di post pada umum..contohnya ialah link video yang tiba2 boleh buat orang sakit jantung oleh kerana tengah sedap layan video tak pasal2 keluar hantu yang bagi seeperrraaaiiiSSEEEE!!..kalau ibu yang mengandung tengok atau orang yang ada sakit jantung tengok kan dah memudaratkan..

Kategori Menyepi :
hahaha yang ni aku tak tau ape die buat agaknya..bila ditengok tiap masa online..tapi bile tengok kt profile die status bulan lepas punye..update ape pon tak de..=.=" tapi takpela bukan die kacau kite ponn..

Kategori Kaki like :
kalau la anugerah untuk kaki like terunggul kan bagus..so kaki2 like ni dapat laa pengiktirafan oleh kerana bakti mereka mengelike status kite..eventhough status kite entah merapu ape..dorang still like sebab dah memang tanggungjawab diorang untuk like..korang kene bangga ade facebooker camni kat fren korang sebab mereka lah akan muncul jika tiada siap yang like status korang tu..ffffuuuuuuuu~

masih banyak lagi kategori facebooker yang ada..terlampau banyak nak dirungkaikan..mungkin dilain hari kot :)